Home » » Nama diplomat M'sia, suspek serangan seksual di New Zeland didedah

Nama diplomat M'sia, suspek serangan seksual di New Zeland didedah

Written By kall on Tuesday 1 July 2014 | 15:45


Pilihan Anda

Nama diplomat M'sia, suspek serangan seksual di New Zeland didedah

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang diplomat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sedang disiasat berkaitan dakwaan membuat serangan seksual dan rompakan keatas seorang wanita warga New Zealand pada 9 Mei lalu.

Anifah menamakan suspek sebagai Pegawai Waran II MINDEF di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 38 yang telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei 2014.

Katanya, sehingga kini kekebalan diplomatik suspek kekal.

“Malaysia tidak akan menarik balik kekebalan imuniti terhadap seorang diplomatnya yang menjadi suspek kes serangan seksual di New Zealand, kecuali ia diperlukan,” kata Anifah dalam satu sidang akhbar di Wisma Putra, Putrajaya hari ini.

Sebaliknya siasatan akan dijalankan keatas suspek di negara ini.

Katanya lagi, siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang telah pun menubuhkan satu lembaga siasatan untuk menyiasat perkara itu.

“Hanya sekiranya perlu, pada pendapat kita untuk melakukannya (mengenepikan kekebalan) kita akan lakukan, tanpa ragu-ragu,” kata Anifah.

“Kita amat yakin dengan lembaga siasatan MINDEF dan pihak MINDEF akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand.”

Rizalman menurutnya turut menjalani ujian kesihatan di Pusat Perubatan MINDEF pada 29 Mei untuk menjalani ujian mental dan fizikal. Ujian air kencing dan darah turut dijalankan ke atas suspek. Keputusan ujian kesihatan itu adalah memuaskan.

Rizalman kini masih berada di Hospital Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian tahap kesihatan mental dan emosinya.

Pihak berkuasa New Zealand juga bekerjasama dalam mendapatkan bukti yang diperlukan, tambah Anifah.

Menurutnya dalam satu perbincangan pada 12 Mei, pihak New Zealand telah menawarkan alternatif untuk suspek dibawa pulang ke Malaysia dimana suspek bersama keluarganya telah pun dibawa pulang 22 Mei lalu.

Menurut Anifah, PesuruhjayaTinggi Malaysia di New Zealand telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Protokol dari Kementerian Luar dan Perdagangan New Zeland selain pegawai polis New Zealand mengenai perkara ini.

"MINDEF juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas keatas suspek di bawah Akta Angkatan Tentera 1972, jika ia terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh bertanggungjawab serta telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa," katanya.

Tertuduh ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dibawa ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita dengan niat merogol.

Identiti suspek sebelum ini dirahsiakan tetapi mahkamah New Zealand hari ini telah menarik balik larangan terbabit selepas menerima desakan dari pihak media.

new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: