Home » » Laman web palsu dakwa putera raja Selangor murtad

Laman web palsu dakwa putera raja Selangor murtad

Written By kall on Friday, 25 July 2014 | 16:22


Pilihan Anda

Laman web palsu dakwa putera raja Selangor murtad

Laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Internet mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (gambar) menukar agama ke Katolik minggu lalu.

Agama ialah topik yang sensitif di Malaysia di mana Islam ialah agama rasminya dan majoriti penduduk dan semua Sultannya beragama Islam.

Tetapi, laman web itu dikenali sebagai palsu dan mengandungi tajuk berita yang mengarut seperti 'Lelaki Bengali mengandung anak kembar' dan 'Lelaki curi 32 tan daging babi' - sesetengahnya juga dipetik laman web lain.



Dalam laporannya bertarikh 24 Julai, World News Daily melaporkan:"Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang majalah People's sifatkan 'kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini'."
"Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16, yang namanya melonjak naik tahun ini bila televisyen merakamkan gambarnya menonton perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan peminat."

Setelah diperiksa, didapati tiada model terkenal bernama Cristina Gomez.

Berita itu juga salah dalam melaporkan umur Tengku Amir sebagai 21 sedangkan Raja Muda itu berusia 23 tahun.

Laporan palsu itu mendakwa "upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu."

Ia juga berkata: "Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan masih belum diketahui di mana mereka akan berbulan madu."

Pada ruangan Tentang Kami laman web itu, World News Daily berkata ia sebuah ‘akhbar Zionis Yahudi Amerika berpengkalan di Tel Aviv dan membawa berita berkaitan arkeologi alkitab dan penemuan misteri lain seluruh dunia'.

"Pasukan berita kami terdiri daripada wartawan pemenang anugerah beragama Kristian, Islam dan Yahudi, ejen Mossad yang sudah bersara dan veteran askar Israel.

"Kami berpengkalan di Tel Aviv sejak 1988 di mana lebih 200,000 naskhah akhbar kami Daily Report dicetak setiap hari.

"Terima kasih kerana menunjukkan minat dengan akhbar kami dan semoga Israel terus hidup!”

Malaysia tiada hubungan diplomasi dengan Israel yang pada ketika ini dicemuh hebat kerana terus menyerang Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 700 kematian sepanjang minggu lepas.

Laman web itu bertarikh 25 April 2014 dan mengandungi penafian berikut:"World News Daily Report ialah penerbitan berita dan politik satira, yang mungkin menggunakan nama sebenar atau tidak, selalunya dalam cara yang separuh benar atau kebanyakannya rekaan."

"Semua artikel berita dalam worldnewsdailyreport.com adalah fiksyen, dan mungkin berita palsu. Sekiranya ada kaitan dengan perkara sebenar, ia semata-mata kebetulan, kecuali semua rujukan yang dibuat kepada ahli politik atau selebriti, yang merupakan nama sebenar, tetapi semuanya masih berasaskan fiksyen," katanya. – 25 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laman-web-palsu-dakwa-putera-raja-selangor-murtad#sthash.MAUu9FS0.dpuf
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: