Home » » MB S'ngor: Ahli Pas semua peringkat diarah kunci mulut

MB S'ngor: Ahli Pas semua peringkat diarah kunci mulut

Written By kall on Tuesday 29 July 2014 | 15:48


Pilihan Anda

MB S'ngor: Ahli Pas semua peringkat diarah kunci mulut

Pemimpin PAS semua peringkat hari ini diarah berhenti dari membincangkan secara terbuka isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Harakahdaily.

Lidah rasmi itu memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menyeru semua pihak menunggu hasil mesyuarat 10 Ogos yang akan membuat keputusan mengenai hal itu.

Katanya banyak kenyataan dibuat mengenai isu tersebut dan sebahagiannya melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah.

"Ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti," katanya, dan menambah tidak seharusnya berlaku kenyataan yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.
"Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menyeru semua ahli dan pemimpin parti agar berhenti meneruskan perbincangan isu Khalid secara terbuka kerana ia boleh menjejaskan kewibawaan dan nama baik parti Islam itu.

"Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” katanya dipetik Harakahdaily.

Dia seterusnya menasihatkan semua pihak bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos yang akan membincangkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor. – 29 Julai, 2014.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: