Home » » Isteri hilang, pelakon Ezany buat laporan polis

Isteri hilang, pelakon Ezany buat laporan polis

Written By kall on Sunday 20 July 2014 | 22:27


Pilihan Anda

Isteri hilang, pelakon Ezany buat laporan polis

Sebelum ini GUA pernah melaporkan yang aktor Ezany Nizarif kesal apabila kisah dia bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32 tersebar di bulan Ramadan.

Terkini, GUA mendapat maklumat terbaru yang mendakwa isteri Ezany menghilangkan diri dari rumah. GUA terus menghubungi Ezany untuk mendapatkan keterangan lanjut.

“Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” ujar Ezany memulakan bicara.

“Saya sudah pun membuat laporan polis pada Ahad (20 Julai). Saya buat laporan untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.

Dia telah menghantar mesej kepada saya menerusi laman Facebook dan mengatakan suaminya ada hubungan dengan isteri saya. Sudah lebih empat hari dia menghilang, jadi bila saya buat laporan polis, saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut,” ujar Ezany lagi.

Ketika ditanya adakah anak-anak mereka bertanya tentang ibu mereka, Ezany memberitahu dia hanya menjelaskan kepada anak-anak yang ibu mereka keluar bekerja.

“Saya rasa terkilan perkara ini pula boleh terjadi. Masalah rumah tangga kami sudah lama, lagi pun rumah tangga mana yang tiada masalah. Selagi boleh tutup dan selesaikan, saya mencuba untuk tutup dan diamkan.

Orang tahu masalah rumah tangga kami pun menerusi kemaskini status Facebook milik dia. Saya sudah tidak kisah jika dia mahu berpisah tetapi biarlah dengan cara yang baik. Tapi bila dia melibatkan media sosial seperti ini, semua orang pun sudah tahu,” luah Ezany.

Mengenai perkembangan kes cerai mereka, kes itu bakal disebut pada 4 Ogos ini. Butir-butir mesej yang dihantar oleh seorang wanita melalui Facebook akan dijadikan bahan bukti jika perlu.

Gua.com.my
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: