Home » » Cabang PKR mula belot, mahu Khalid kena tindakan disiplin

Cabang PKR mula belot, mahu Khalid kena tindakan disiplin

Written By kall on Thursday 31 July 2014 | 21:39


Pilihan Anda

Cabang PKR mula belot, mahu Khalid kena tindakan disiplin

SHAH ALAM - Lima ketua cabang PKR hari ini menggesa pimpinan tertinggi parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin jelas membelakangkan parti sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, saranan Abdul Khalid agar Adun PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau disifatkan sebagai satu tindakan yang bertujuan memalukan parti dan wajar diambil tindakan.

"Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta kesemua ahli parti untuk menyokong penamaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurutnya lagi, Azizah yang selaku Presiden PKR adalah calon yang paling layak untuk menjadi menteri besar berbanding Adun lain.

"Semua anggota parti harus mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu hati untuk menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang menamakan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 21Julai lalu kerana beliau adalah antara pemimpin tertinggi PKR," katanya lagi.

Antara Ketua Cabang yang turut menyokong kenyataan tersebut termasuklah Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talip Bujang; Ketua Cabang Sungai Besar, Mohamad Fauzi Ahmad; Ketua Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ketua Cabang Sepang, Burhan Aman Shah.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: