Home » » Kami tak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam PR - DAP

Kami tak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam PR - DAP

Written By kall on Wednesday 30 July 2014 | 12:45


Pilihan Anda

Kami tak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam PR - DAP

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki digesa supaya meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".

Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah.

"Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

"Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.

"Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," kata Pua dalam satu kenyataan malam tadi.

Pua berkata, Zuhdi perlu sedar tentang pemikiran sempitnya dan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, Pua mahu PAS mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya yang berfikiran sempit seperti Zuhdi supaya nama baik PAS yang berslogan “PAS for All” tidak terus tercemar.

"Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar," katanya.

Zuhdi dalam akaun Facebook menafikan dirinya pencetus cadangan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan (UG) demi mengekalkan kuasa Melayu-Islam di Selangor.

Beliau berkata, analisis senario sebaliknya dibuat berdasarkan permintaan ahli kumpulan WhatsApp itu yang mahu membayangkan kemungkinan jika PAS keluar PR dan kesannya kepada Selangor.

"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.

Zuhdi yang lantang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebook mendakwa usulnya kemudian disokong kuat lebih 10 orang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu; sebahagian besar daripada mereka amat rapat dengan Anwar.

Namun penjelasan Zuhdi itu disanggah Pua kerana baginya, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan, dan bukannya pembentangan analisis tersebut.

Menurut Pua, walaupun ramai yang akan rasa kecewa jika PAS memutuskan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, tetapi pendirian Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR bukan tumpuan utama kritikan.

Katanya, rakyat tidak mempertikaikan langkah Zuhdi mengkaji sama ada PAS wajar berada di dalam ataupun keluar PR kerana itu hak ahli parti Islam itu dan mereka layak menentukannya sendiri. – 30 Julai, 2014.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: