Home » » Mereka Kongsi Memori Semasa Bertugas Bersama Kru MH17

Mereka Kongsi Memori Semasa Bertugas Bersama Kru MH17

Written By kall on Monday 21 July 2014 | 15:39


Akak Dibalik Pintu

Mereka Kongsi Memori Semasa Bertugas Bersama Kru MH17

                     
Pramugari MAS Hazie Harun yang berkongsi gambar sahabatnya anak kapal MH17 yang terkorban di Ukraine.Sedih kehilangan rakan sekerja di syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) dalam tragedi nahas udara MH17 dikongsi seorang pramugari Hazie Harun dalam laman sosialnya, hari ini.

Hazie dalam laman Facebooknya menceritakan pengalamannya bekerja dengan sebahagian daripada 15 anak kapal MH17 yang maut dalam kejadian pesawat terhempas itu iaitu Azrina Yakob, Shamfazlin Sham Mohd Ariffin, Chong Yee Peng dan Ghafar Abu Bakar.

Dalam status laman Facebooknya Hazie berkata dua tragedi membabitkan MAS berlaku iaitu MH17 dan MH370 memberi kesan kepadanya secara peribadi.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

"Bangun dengan perasaan amat kosong sekali. Hati saya amat kecewa apabila mendengar perkhabaran kehilangan MH370.

"Namun tragedi MH17 membuat hati saya hancur berkecai, ia memberi kesan besar kepada saya secara peribadi," katanya dipetik dalam akaun Facebook Hazie Harun.

Dalam akaum Facebook itu, Hazie berkata Azrina, pramugari berasal dari Alor Setar, Kedah sebagai seorang yang baik hati dan ‘sweet’.

Katanya, Azrina bukan saja rakan sekerja tetapi juga rakan sekelas apabila mereka bersama menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Rakan sekelas di UiTM dan kawan saya. Sama-sama bersusah-payah berhempas-pulas hampir 5 tahun sebagai 'mahasitua' bagi ijazah kami.

"Terlalu banyak suka duka bersama, Azrina bakal tamatkan pengajiannya beberapa bulan lagi," katanya.

Wanita itu juga berkongsi pengalamannya menjalani latihan berenang pada minggu lalu bersama seorang lagi anak kapal iaitu Shamfazlin.

"Fazlin.. saya akan rindu kamu dalam kumpulan sembang kita. Terbayang-bayang lagi kelas SEP kita minggu lepas.

"Kita ketawa dan berteriak dalam kolam renang kerana terlalu letih terpaksa menjalani latihan pada bulan puasa," katanya.

Selain itu, Hazie juga mengenang Lee Hui Pin, seorang lagi anak kapal MH17 yang pernah menjadi kordinatornya.

"Keeseokan harinya pada 10 Julai saya terbang bersama Hui Pin di Melbourne, kami bekerja bersama dalam Zone C.

"IFS tidak gembira dengan kru kami, sebagai kordinator dia mempertahankan kami. Saya tidak menyangka Hui Pin yang begitu lembut ketika bercakap membela kami, saya amat menyanjungi dan mengormatinya," katanya.

Hazie berkata, beliau pernah bertugas bersama Dora Shahila Kassim dua minggu selepas insiden kehilangan MH370 adalah detik paling tidak dapat dilupakan.

Selain itu, Hazie turut mengingati pramugari berasal dari Pulau Pinang, Shazana Mohd Salleh walaupun pernah hanya sekali bertugas dalam penerbangan yang sama.

"Dora..muka memang garang tapi hati baik. Kami pernah terbang berapa kali bersama. Tapi paling saya ingat adalah penerbangan ke Beijing dua minggu selepas insiden MH370.

"Shazana biarpun hanya sekali bersama dalam pesawat dengannya, namun saya mengingati dengan jelas, anda sangat baik dengan orang dan senyuman anda menceriakan," katanya.

Hazie turut berkongsi pengalaman melucukan ketika bertugas bersama Sanjid Sigh Sandhu.

"Saya masih ingat, saya dan anda adalah antara 7 dan 8 kru yang berkhemah satu bilik di Kota Kinabalu ketika zaman pesawat 737.

"Ia bermula kerana seorang mula menceritakan kisah hantu, dan kemudiannya semua menjadi takut. Ia amat melucukan ketika itu," katanya.

Hasni juga menganggap Ghafar adalah antara ketua pramugari kegemarannya di MAS.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: