Home » » Iklan raya Adik Tak Makan Saman Curi Perhatian

Iklan raya Adik Tak Makan Saman Curi Perhatian

Written By kall on Wednesday, 23 July 2014 | 12:33


Akak Dibalik Pintu

Iklan raya Adik Tak Makan Saman Curi Perhatian

                      

Gelagat 'Adik' yang comel dan tidak makan saman, walaupun dimarah berkali-kali oleh ayahnya dalam iklan TM, mencuit hati penonton.

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Sudah menjadi tradisi sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal, pasti iklan raya dahulu yang dinanti-nantikan.

Membawa pelbagai mesej kepada masyarakat, filem pendek yang dibawa khas oleh syarikat korporat, biasanya memberi kenangan dan memori berbeza kepada penonton.

Sama ada bertemakan cerita sedih atau riang-ria menyambut Hari Raya, itu semua hanya cerita yang penting mood raya itu sampai kepada penonton.

Seperti kebiasaannya, seminggu menjelang hari lebaran, stesen televisyen sudah mula menyiarkan iklan raya berbentuk filem pendek.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Bagi mereka yang tinggal di luar negara, pasti YouTube menjadi sasaran untuk mengetahui iklan raya apakah yang disiarkan untuk lebaran tahun ini.

Sudah pasti syarikat-syarikat gergasi berlumba-lumba memastikan iklan raya mereka menjadi bualan dan mendapat ‘share’ terbanyak.

Berikut adalah iklan-iklan raya yang diterbitkan syarikat terkenal di Malaysia, dan tidak ketinggalan juga RTM yang kali ini mengeluarkan iklan raya menyindir tabiat masyarakat moden yang begitu taksub dengan teknologi hingga melupakan ruh Aidilfitri sebenarnya.

1) Ke Pangkuan Bonda (Petronas)

Petronas tidak pernah mengecewakan penonton. Setiap kali tiba perayaan besar, ramai yang tidak sabar menanti iklan yang bakal dipertontonkan.

Mengangkat tema ke pangkuan bonda, iklan menggunakan muzik iringan lagu klasik ‘Suasana Hari Raya’ yang dimainkan secara akustik menggunakan ukulele.

Berbeza dengan iklan-iklan yang disiarkan sebelum ini, filem pendek Petronas kali ini mengangkat tema berbeza yang lebih ceria dan gembira.

Menceritakan suasana sebelum menyambut Aidilfitri di kampung halaman yang diceriakan anak cucu yang pulang beraya.

Selain aksi kanak-kanak yang teruja menyambut raya bersama ahli keluarga, Petronas turut menyelitkan unsur kehidupan tradisional orang zaman dahulu, seperti bermandi di luar rumah, menangkap ayam kampung, serta semangat muhibah dan kunjung- mengunjungi tidak kira bangsa.

2) Adik (Telekom Malaysia) 

 Menekankan kepentingan adat memohon ampun di hari lebaran, Telekom Malaysia (TM) meletakkan nilai pengampunan maaf dalam bentuk tersendiri untuk penonton pada tahun ini.

 Menceritakan sikap seorang budak perempuan, ‘Adik’ berumur lebih kurang lima tahun yang nakal dan suka mencari alasan bagi setiap kesalahannya. “Kosong-kosong ye ayah”, ucapnya ketika memohon maaf kepada ayahnya pada hari raya.  Iklan ini mencuit hati penonton dengan telatah ‘Adik’ yang comel dan ‘tidak makan saman’.


3) Ini Baru Raya (RTM) 

Video raya pertama yang diterbitkan RTM pada tahun ini menekankan aspek kekeluargaan bertajuk ‘Ini Baru Raya’.  Video selama empat minit 32 saat ini memaparkan kisah anak cucu sebuah keluarga yang pulang beraya di kampung halaman dan membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Aidilfitri.

Walaupun masing-masing gembira dapat balik beraya di kampung, namun mereka lebih leka bermain gajet daripada meluangkan masa bersama datuk dan nenek. “Dulu lain sekarang dah lain,” tutur si atuk melihat sikap anak cucunya yang asyik dengan telefon bimbit masing-masing.

Cerita sebenar bermula, apabila si atuk dan nenek merampas semua telefon bimbit milik anak cucunya dan mengarahkan setiap orang membuat persiapan raya.

Iklan lucu itu kembali mencuit hati, dengan memaparkan kisah lucu bagi menjayakan misi yang ditetapkan si datuk. “Ini baru raya,” kata si datuk di hujung cerita.


4) Anugerah (RTM) 

Iklan kedua yang diterbitkan RTM adalah mengenai kisah duka dua beradik.

 Air mata hampir menitis buat siapa yang menghayati iklan ini. Biarpun ia hanya sebuah iklan, namun mesej yang disampaikan cukup memberi bekas di hati. Iklan berjudul ‘Anugerah’ ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang mempunyai seorang abang kelainan upaya.

 Akibat kesusahan hidup dan kecacatan yang dialami abangnya, si adik tidak mampu melanjutkan pelajaran dan terpaksa mengorbankan zaman remajanya untuk menjaga abangnya.

 Kemuncak cerita adalah bila tiba Hari Raya, si abang menyerahkan duit raya yang dikumpulkan selama ini kepada adiknya untuk melanjutkan pelajaran. Sekeping lukisan yang diberikan abangnya cukup mengajar erti kasih sayang sebenar antara adik-beradik.


5) Sentiasa Bersamamu (TNB)

“Raya tetap raya, kerja tetap kerja”. Bertemakan ‘Sentiasa Bersamamu’, TNB sekali lagi memberi penghargaan kepada pengorbanan kakitangannya sempena Hari Raya kali ini.

Mungkin ia tidak melibatkan masyarakat secara langsung, tetapi TNB dilihat cuba mengangkat nilai kerja pada Hari Raya, seperti cara ucapan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada kakitangannya yang terpaksa mengorbankan masa berhari raya bersama keluarga, atas tuntutan tugas untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.

Video itu berkonsepkan santai dengan diiringi nyanyian pekerja yang bekerja di Hari Raya tanpa sebarang perasaan sedih.

“Siang malam memakai baju biru TNB bersama rakan sekerja,” antara bait nyanyian mereka.-




innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: