Home » » Briged Al-Qassam berjaya tawan tentera Israel

Briged Al-Qassam berjaya tawan tentera Israel

Written By kall on Tuesday 22 July 2014 | 01:39


Pilihan Anda

Briged Al-Qassam berjaya tawan tentera Israel

Briged Izuddin Al-Qassam mendakwa menahan seorang tentera Israel dan penahanan itu dirayakan sebagai satu kejayaan oleh penduduk Gaza di tengah-tengah serangan tentera Israel yang semakin menggila genap dua minggu selepas ia mula mengebom wilayah itu.

Penahanan tentera Israel itu diumumkan oleh seorang jurucakap sayap bersenjata itu melalui televisyen, lapor AFP.

"Tentera Israel, Shaul Aaron kini dalam tangan Briged al-Qassam," kata jurucakap itu yang dikenali sebagai Abu Ubaidah.

AFP melaporkan jurucakap tentera Israel mengaku sedar akan perkembangan terbaru itu dan sedang menyiasat dakwaan tersebut.

Beberapa orang wakil AFP di Palestin memaklumkan penahanan tentera Israel disambut dengan sorak sorai oleh penduduk Palestin bukan saja di Gaza City malah sambutan sama meriah di Ramallah dan Hebron. Sesetengah daripada mereka melepaskan tembakan ke udara. Beberapa orang pengguna Twitter turut berkongsi kegembiraan itu.
#Photo : The joy of Gazan people to kidnap the soldier " Shaol Aron" via @izzat_sbakhi pic.twitter.com/VqgGMgtIb1
— Hind Meqdad (@HindSaeed1) July 20, 2014Menurut al-Qassam, tentera Israel itu ditahan 24 jam sebelumnya semasa satu serbuan ke atas musuh di daerah Tuffah di pinggir sebelah timur Gaza City.

Kawasan itu menyaksikan pertempuran yang sengit pada Ahad. Israel mengatakan 13 orang tenteranya terbunuh.

Penahanan tentera Israel itu disambut baik oleh jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri yang menyifatkannya sebagai "kemenangan besar" serta "dendam atas darah syuhada yang terbunuh".

Hamas dahulu pernah menahan seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang dijadikan tebusan selama lebih kurang lima tahun antara 2006 hingga 2011. Dia hanya dibebaskan setelah Israel setuju membebaskan rakyat Palestin yang ditahan di penjaranya.

Rejim Zionis itu membebaskan 1,027 rakyat Palestin sebagai ganti pembebasan seorang tenteranya. Bagaimanapun sesetengah mereka kemudian ditangkap semula oleh Israel.

Keganasan di Gaza sejak 8 Julai ini membunuh 438 warga Palestin dan 20 orang Israel, 18 daripadanya tentera. Israel memulakan serangan darat pada 17 Julai lepas.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan sekurang-kurangnya 72 orang Palestin terkorban dan 400 cedera dalam serangan rejim Zionis ke atas daerah Shejaiya pada Sabtu malam yang berlarutan sampai ke pagi Ahad.

Serangan itu disifatkan oleh sesetengah saksi tidak ubah seperti pembantaian di Shabra dan Shatila pada 1982. -- Agensi

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: