Home » » Mayat pertama tragedi #MH17 dikenalpasti

Mayat pertama tragedi #MH17 dikenalpasti

Written By kall on Sunday 27 July 2014 | 16:27


Pilihan Anda

Mayat pertama tragedi #MH17 dikenalpasti

THE HAGUE: Pakar forensik telah mengenal pasti mangsa pertama daripada 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine minggu lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Belanda pada Sabtu.

"Hari ini mayat pertama mangsa nahas pesawat MH17 telah dikenalpasti," kata menteri kehakiman dalam satu kenyataannya.

"Mangsa merupakan rakyat Belanda dan keluarga mangsa telah dihubungi."

Namun demikian, kementerian tidak mendedahkan identiti mangsa.

Kerajaan Belanda telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses mengenalpasti identiti mangsa dalam nahas yang melibatkan 193 warga Belanda.

"Pasukan yang terdiri daripada 200 pakar kini sedang dalam proses mengenalpasti mangsa yang berkemungkinan besar mengambil masa sehingga beberapa bulan."

Terdapat beberapa mayat yang masih berada di lokasi nahas, namun setakat ini sebanyak 227 keranda mangsa yang terdiri daripada 17 negara telah diterbangkan ke Belanda.

Wakil kerajaan Belanda dan Australia sedang berusaha mendapatkan mandat untuk mengawal lokasi nahas bagi membawa keluar kesemua mayat di lokasi yang sedang bergolak di antara puak pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: