Home » » Peserta rancangan realiti Astro turut terbunuh dalam nahas #MH17

Peserta rancangan realiti Astro turut terbunuh dalam nahas #MH17

Written By kall on Saturday 19 July 2014 | 08:39


Pilihan Anda

Peserta rancangan realiti Astro turut terbunuh dalam nahas #MH17

Masihkah anda ingat dengan pasangan anak beranak MM Jaya yang bertanding dalam rancangan 'Mari Menari' terbitan Astro musim pertama? Untuk info, MM Jaya menggabungkan pasangan anak beranak iaitu Jaya dan anak perempuan Shuba.

Berita sedih yang diterima, Shuba bersama suaminya Paul dan anak perempuan mereka, Kaela adalah antara mangsa nahas MH17 yang terhempas di Ukraine malam kelmarin.

Ia turut disahkan menerusi Instagram milik Khairul Azhar Mohtar (kerolmohtar) yang merupakan guru tarian kepada Shuba dan bapanya dalam program Tari Menari.

Klik gambar untuk size besar

Menerusi Instagram Khairul Azhar Mohtar, dia telah menulis seperti berikut:
"Rest in peace my dear Shuba... #mh17 Shuba sntiasa dlm ingatan dan kenangan saya... Shuba antara pasangan peserta dibawah koreografi saya sewaktu Astro Mari Menari musim pertama berganding dgn ayahnya uncle jaya... Dia, suaminya paul, dan anaknya kaela antara mangsa tragedi mh17... Rest in peace my dear frenz n student. No more chatting after this..."
Mengikut jadual asal, Shuba bersama suami dan anak sepatutnya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur menerusi pesawat Malaysia Airlines, MH17. Pesawat itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi.

Namun sewaktu memasuki ruang udara Ukraine, pesawat jenis Boeing 777-200 itu telah dikatakan terhempas di Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia dipercayai ditembak menurut laporan dari kerajaan Ukraine.

Laporan memetik yang kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat tersebut telah maut dalam tragedi itu. Shuba bersama keluarganya adalah antara 43 orang warganegara Malaysia yang telah dikenalpasti terbabit kemalangan tersebut.

Takziah diucapkan kepada keluarga Shuba!

Sumber: myartis.com

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: