Home » » Situasi politik Kedah, Selangor berbeza wahai Rafizi... - Pas Kedah

Situasi politik Kedah, Selangor berbeza wahai Rafizi... - Pas Kedah

Written By kall on Thursday 31 July 2014 | 09:24


Pilihan Anda

Situasi politik Kedah, Selangor berbeza wahai Rafizi... - Pas Kedah

ALOR SETAR - Situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali tidak wajar serta berlainan sama sekali.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, pendedahan yang dibuat secara terbuka di Facebook bukan bermaksud mahu memanjangkan kemelut melanda Selangor tetapi mahu menunjukkan keadaan sebenar Pas Kedah banyak berkorban untuk menjaga hubungan baik antara rakan pakatan sepanjang tempoh menerajui tampuk pemerintahan negeri.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar itu semalam (kelmarin) kerana sama sekali tidak setuju mereka menjadikan krisis berlaku di Kedah sebagai contoh terhadap apa yang berlaku di Selangor.

“Situasi tidak sama, di Kedah kerusi PKR sedikit dan masalah kerap berlaku apabila wakil rakyatnya kerap lompat parti hingga turut menggugat kepercayaan penyokong.

Namun kita (Pas) sentiasa mencari jalan untuk menolong mereka mengatasi masalah serta berusaha menutup kekurangan yang timbul,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Sanusi berkata, krisis dalaman berlaku dalam PR Kedah khususnya Pas lebih kepada perumpamaan ‘ribut dalam cawan’ kerana masih menunjukkan taat setia kepada parti berbeza dengan PKR calon yang lompat parti lebih selesa bergerak bebas atau condong kepada Umno.

“Mereka (PKR) bukan berdiam diri, mulia atau baik hati tidak campur tangan dari berbicara siapa patut menjadi MB pada masa itu sebaliknya tumpuan utama parti itu lebih kepada usaha untuk menambah bilangan kerusi termasuk meminta DAP memberi laluan kepada mereka meletak calon PKR di kawasan DAP atas dasar rakan pakatan.

“Namun situasi yang berlaku di Selangor sebaliknya kerana pemimpin PKR diminta letak jawatan sebagai menteri besar walaupun tidak mempunyai masalah (seperti lompat parti seperti di sini),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan satu bukti yang mengaitkan beliau dengan tuduhan isu berkaitan balak, tanah, projek, pasir seperti disampaikan pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), exco dan adun Pas hingga menganggapnya persis ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis.

“Saya cabar beliau (Saifuddin) tunjuk satu saja di mana tempatnya kalu benar tuduhan yang diceritakan kepadanya itu benar-benar wujud. Kalau susah nak cari, namakan saja pegawai KCS yang bercerita itu, kalau susah juga, namakan exco atau adun Pas yang bercerita itu.

“Jika tiada bukti bermakna beliau cuba menfitnah pemimpin PR sendiri,” katanya.

Menurutnya, biarpun pelbagai isu kemelut dan pergelutan yang timbul namun PR akan tetap terus bersatu dan tidak akan berpecah.

“Bagaimanapun rakan PR perlu menghormati pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Segala keputusan yang mahu diambil tidak boleh dibincang hanya peringkat dalam parti itu sendiri sahaja sebaliknya perlu dibawa ke atas melalui perbincangan bersama rakan-rakan dalam pakatan,” katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: