Home » » PAS Selangor sokong Wan Azizah jadi MB Selangor?

PAS Selangor sokong Wan Azizah jadi MB Selangor?

Written By kall on Thursday 31 July 2014 | 08:42


Pilihan Anda

PAS Selangor sokong Wan Azizah jadi MB Selangor?

Shah Alam: “Tidak ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dan PAS Selangor tetap komited dan setia terhadap Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Dalam kenyataan dikeluarkannya semalam, beliau berkata, pandangan dikemukakan Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu langsung tidak diketahui PAS Selangor dan mungkin sekadar pandangan peribadi.

“Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak mempunyai kesan ke atas PAS Selangor dan pendapat yang dibuat olehnya itu adalah pendapat peribadi beliau semata-mata.

“Jaminan kami (PAS Selangor), akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan jika diteliti rekod PAS selama ini, tidak ada sebarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat ke parti UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) dan kita akan mengekalkannya begitu,” katanya.

Semalam, ADUN Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, perbincangan mengenai kerajaan gabungan itu hanya membabitkan beberapa individu dalam PAS bukan menggambarkan pendirian parti itu.

Beliau yang juga Bekas Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, sehingga kini, tiada sebarang kata putus yang dibuat PAS Pusat mengenai kerajaan gabungan dan sekiranya benar berlaku, satu perbincangan dengan PAS Selangor perlu di lakukan.

Hasbullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai paparan skrin aplikasi WhatsApp dalam kalangan Ahli Jawatankuasa PAS yang membincangkan kerjasama dengan UMNO.


Perkara itu dikemukakan Dr Zuhdi dalam usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: