Home » » (Video) Wartawan BBC buat liputan Gaza diserang lelaki Israel

(Video) Wartawan BBC buat liputan Gaza diserang lelaki Israel

Written By kall on Wednesday 23 July 2014 | 21:27


Pilihan Anda

(Video) Wartawan BBC buat liputan Gaza diserang lelaki Israel

Seorang wartawan BBC siaran berita Bahasa Arab diserang oleh seorang penduduk Israel ketika sedang membuat liputan langsung mengenai ketegangan di Gaza pada Selasa. Kejadian berlaku di Ashkelon, kawasan dalam wilayah Israel yang terletak di utara Gaza.

Wartawan itu, Feras Khatib ketika itu memakai jaket kalis peluru yang tertulis 'Press' sebagai tanda beliau adalah seorang petugas media.

Penyerang itu bagaimanapun cepat-cepat ditolak ke tepi oleh seorang petugas media yang lain.

Jurucakap BBC Bahasa Arab dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Gulf News berkata penyerang itu meninggalkan lokasi selepas kejadian.

Wartawan itu juga dilaporkan tidak cedera dan meneruskan liputannya seperti biasa.
Sementara itu, pejabat stesen berita televisyen Al-Jazeera di Gaza diserang oleh tentera Israel pada Selasa. Mereka kemudian mengosongkan bangunan pejabat mereka itu.

Laporan media menyebut tentera Israel mengesahkan serangan itu tetapi mendakwanya "satu tembakan amaran".

Menteri Luar Israel, Avigdor Leiberman sebelum ini mengeluarkan amaran kepada Al-Jazeera dengan mendakwa laporan stesen berita itu memberi galakan kepada "keganasan".
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: