Home » » Dewan Ulama Pas seru sokong Hadi

Dewan Ulama Pas seru sokong Hadi

Written By kall on Sunday 27 July 2014 | 08:27


Pilihan Anda

Dewan Ulama Pas seru sokong Hadi

KOTA BHARU 26 Julai - Dewan Ulama Pas menyokong penuh pendirian Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, Abdul Khalid sepatutnya dibenarkan memegang jawatan itu sehingga penggal berakhir memandangkan tiada sebarang alasan syarie yang kukuh untuk mewajarkan penukaran beliau.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Ulama Pas menyeru semua ahli parti supaya tidak mempertikaikan pendirian Abdul Hadi yang disifatkan dibuat secara bijaksana, sebaliknya memberi sokongan padu kepada beliau.

"Pendirian tegas Presiden adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh Pas berkaitan pilihan raya kecil Kajang iaitu soal calon diserahkan kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat) manakala Pas akan membantu mengikut keperluan. Sementara itu, isu Menteri Besar tidak berbangkit.

"Oleh sebab itu, pendirian Presiden adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bersama iaitu tiada perubahan dalam jawatan Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan menyingkirkan Abdul Khalid dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti.

Bagaimanapun semalam, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan tersebut memandangkan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya bersetuju bahawa tiada sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah dilakukan sejak Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dewan Ulama Pas menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar Menteri Besar yang baharu.

"Sebarang usaha menukar Menteri Besar tanpa persetujuan bersama tiga parti komponen iaitu Pas, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat hendaklah dielakkan," katanya.

Tambah beliau, semua ahli Pas diminta menghayati kebijaksanaan pendirian Abdul Hadi dalam perkara tersebut lebih-lebih lagi beliau sebagai Presiden parti mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

Utusan
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: