Home » » Astro dituntut beri penjelasan berurusan dengan syarikat Israel

Astro dituntut beri penjelasan berurusan dengan syarikat Israel

Written By kall on Saturday 26 July 2014 | 10:27


Pilihan Anda

Astro dituntut beri penjelasan berurusan dengan syarikat Israel

PETALING JAYA: Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta pihak Astro beri penjelasan kerana telah berhubung dengan Amdocs sebuah syarikat milik Israel.

Katanya di dalam status Facebooknya, Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak ‘Subscriber Management System’ oleh Astro.

“Astro harus beri penjelasan atau diboikot kerana berurusan dengan syarikat Israel.

“Jika tidak, rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin,” jelasnya di laman web ismaweb.net.

Lapor web Haaretz, Amdocs merupakan salah satu syarikat Israel yang paling berjaya dan konsisten yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sebagai pemaju perisian untuk direktori telefon.

Amdocs dikatakan terus kekal mempertahankan ciri-ciri Israel dalam organisasi tersebut.

Bagaimanapun, Rabu lalu Amdocs telah mengumumkan bahawa mereka dipilih oleh Astro All Asia Network plc Measat Broadcast Network Systems (Astro) bagi membolehkan Astro menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pelanggan disamping mengurangkan kos.

Kontrak tersebut dianggarkan bernilai jutaan dolar bagi penyediaan perisian dan perkhidmatan yang ditawarkan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: