Home » » #MH17 hidang arak: PKR kesal kenyataan Pemuda PAS Kedah

#MH17 hidang arak: PKR kesal kenyataan Pemuda PAS Kedah

Written By kall on Wednesday 23 July 2014 | 11:40


Pilihan Anda

#MH17 hidang arak: PKR kesal kenyataan Pemuda PAS Kedah

ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmad kesal dengan kenyataan Pemuda PAS Kedah yang mengaitkan tragedi MH17 dengan “unsur kemurkaan Allah” ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat.

Nik Nazmi - yang juga calon Ketua AMK - menganggap meskipun kenyataan Ketua Peneranganya Ahmad Tarmizi Sulaiman itu dibuat dengan niat yang baik, namun ia memberikan gambaran yang salah terhadap Islam.

"Tanpa mempertikaikan prinsip yang beliau utarakan, agama kita sentiasa menekankan bahawa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita diajar untuk redha menerima takdir termasuk musibah.

"Di dalam menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan – amar ma’aruf nahi munkar – sekalipun, kita patut melakukannya dengan hormat dan tertib apatah lagi pada saat satu tragedi besar dan mengejutkan.

"Ada masa dan tempat yang sesuai untuk semua perkara," katanya yang juga timbalan speaker DUN Selangor.

Dalam kenyataanya semalam, Ahmad Tarmizi berkata tragedi dan musibah yang berlaku itu menuntut kerajaan dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam pesawat MAS.

Malah, katanya hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: