Home » » #Gaza: Israel bunuh wanita hamil

#Gaza: Israel bunuh wanita hamil

Written By kall on Friday 25 July 2014 | 17:41


Pilihan Anda

#Gaza: Israel bunuh wanita hamil

Gaza (Palestin): Israel meneruskan kempen kekejaman mereka dengan membunuh lima rakyat Palestin termasuk seorang wanita sarat mengandung dan seorang lelaki pejuang Islamic Jihad, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra, hari ini.

Angka kematian meningkat kepada 808 rakyat Palestin pada hari ke-18 serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

Menurut Qudra, serangan udara Israel di sebuah rumah di bandar Gaza telah mengorbankan dua wanita, satu daripadanya berusia 26 tahun manakala yang berusia 23 tahun sedang sarat mengandung.

“Bagaimanpun bayi dalam kandungan wanita terbabit berjaya diselamatkan,” katanya
Israel membuat serangan udara susulan mengorbankan pejuang Islamic Jihad, Salah Hasanein, serta dua anak lelakinya berusia 12 dan 15 tahun di selatan Rafah, kata Qudra.


Qudra berkata, hampir 100 orang terbunuh pada Khamis, menjadikan hari paling berdarah bagi rakyat Palestin.

Setakat ini, tentera Israel yang mati mencecah 32 orang. - AFP
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: