Home » » GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' MILIK ASTRO OASIS

GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' MILIK ASTRO OASIS

Written By kall on Friday 25 July 2014 | 11:01


Akak Dibalik Pintu

GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' MILIK ASTRO OASIS

Kecoh satu Malaya apabila gambar jenazah dililit seekor ular terbesar di alam maya. Bukan setakat gambar tersebar, malah timbul pula pelbagai cerita karut mengenai gambar tersebut hingga menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Semalam, stesen televisyen saluran Astro Oasis akhirnya mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar itu merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur berjudul 'Kutuk Azan'.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";                           

"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujar Namanzee Harris pengurus saluran Astro Oasis.

Dakwa Namanzee lagi, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, namun entah bagaimanapun ia telah tersebar di internet.

Untuk info, gambar tersebut telah didakwa sebagai 'kejadian benar' yang berlaku di utara tanah air. Ia sekaligus menimbulkan kebimbangkan masyarakat apabila ceritanya ditokok tambah oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun kata Namanzee, drama terbitan Astro Oasis itu sebenarnya diambil daripada inspirasi kisah pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular.


myartis
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: