Home » » (Video) Wartawan M'sia usik cebisan kulit mangsa #MH17 dikecam

(Video) Wartawan M'sia usik cebisan kulit mangsa #MH17 dikecam

Written By kall on Saturday, 26 July 2014 | 22:31


Pilihan Anda

(Video) Wartawan M'sia usik cebisan kulit mangsa #MH17 dikecam

Satu video menunjukkan seorang wartawan Malaysia mengusik bahan bukti di lokasi bencana MH17 mendapat kritikan meluas pengguna Internet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai perbuatan yang mengaibkan mangsa.

Video tersebut menunjukkan wartawan blog Malaysia Gazette memeriksa satu objek di lokasi nahas, dengan keterangan bahawa ia disyaki sebagai kulit manusia.

"Malaysia Gazette telah menjumpai cebisan yang dipercayai kulit manusia di lokasi MH17 terhempas," kata ketua wartawan portal itu, Khairuddin Mohd Amin dalam video berkenaan.

Video tersebut turut menunjukkan objek nipis, panjang dengan kesan terbakar yang diangkat oleh wartawan tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

Video sepanjang hampir 2 minit setengah itu dimuat di laman YouTube rasmi Malaysia Gazette pada 23 Julai dengan keterangan yang menyatakan bahawa objek tersebut adalah kulit manusia.
Pengguna Twitter yang menontot video tersebut antara lainnya menyuarakan rasa meluat dan kemarahan mereka tas tindakan wartawan berkenaan.

"Kepada Malaysia Gazette, adakah ini ketua wartawan anda? Memalukan!," kata pengguna Twitter @klubbkiddkl.

"Siapa yang benarkan Malaysia Gaette masuk lokasi MH17 terhempas untuk biarkan wartawannya mengusik cebisan kulit mangsa. Apakah ini?," soal seorang lagi, @ibnukhusairy.

Tindakan sewenang-wenang seperti itu berlaku di wilayah dikuasai kumpulan pemisah di Ukraine, yang dilaporkan masih tidak dikawal berhari-hari selepas kemalangan itu.

Kritikan sama timbul selepas wartawan SkyNews, Colin Brazier menyelongkar bagasi mangsa ketika membuat liputan siaran langsung di lokasi.

Beliau terpaksa meminta maaf atas tindakan tersebut.

Sementara itu, satu stesen televisyen Belanda EenVandaag turut memohon maaf selepas dikritik hebat kerana wartawannya membaca diari mangsa di lokasi tersebut.

Boeing 777-200ER terhempas pada 17 Julai lai, dipercayai akibat ditembak ketika melalui ruang udara kawasan wilayah Donetsk yang membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";