Home » » Digantung tugas selepas bergambar dengan Van Persie

Digantung tugas selepas bergambar dengan Van Persie

Written By kall on Sunday 27 July 2014 | 23:01


Pilihan Anda

Digantung tugas selepas bergambar dengan Van Persie

Kyson (kanan) bergambar bersama bintang Manchester United, Robin van Persie.
SEORANG pelayan digantung tugas selepas bergambar bersama dengan bintang bola sepak Manchester United, Robie van Persie.

Kyson Forde meminta pemain bola sepak itu untuk bergambar bersama dengannya di restoran mewah Cliff di Barbados.

Bagaimanapun, tindakan itu memberi masalah kepada Forde bersama seorang lagi pekerja apabila mereka melanggar peraturan di mana kakitangan tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kawasan menjamu selera.

Sumber berkata: "Mungkin Kyson sepatutnya tidak mempedulikan RVP (Robin van Persie) yang sedang menjamu selera, tetapi dia mungkin teruja.

"Kyson merupakan peminat tegasr Manchester United dan ia merupakan peluang untuk dia bergambar bersama dengan bintang pujaannya," kata sumber itu.

Penyerang Manchester United itu berada di ­Caribbean untuk bercuti bersama isteri, Bouchra, anak lelaki, Shaqueel, lapan tahun, dan anak perempuannya, Dina, lima tahun selepas pasukannya Belanda menduduki tempat ketiga dalam perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil, baru-baru ini. - mirror.co.uk
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: