Home » » Neelofa berhijrah sempena Ramadan

Neelofa berhijrah sempena Ramadan

Written By kall on Tuesday 1 July 2014 | 20:19


Pilihan Anda

Neelofa berhijrah sempena Ramadan


Noor Neelofa Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk tampil berhijab.

Perubahan pemenang kategori Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 itu disahkan oleh pengurusnya, Shawn Amer, hari ini.

“Memang sejak tiga bulan lalu Lofa mula dilihat mengenakan tudung terutama ketika menghadiri acara bersesuaian. Bagaimanapun tidak pula beliau melahirkan hasratnya itu pada saya.

“Apapun, saya sangat gembira dengan keputusan yang diambilnya. Saya juga tidak lihat perkara itu memberikan masalah kepadanya dalam meneruskan kerjaya seni selepas ini, seperti pengacaraan dan sebagai duta produk,” katanya ketika dihubungi BH.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya berhubung perubahan imej berkenaan.

Berita Neelofa, 25, mengenakan tudung diketahui menerusi kenyataan adiknya, Ameera, yang memuat naik foto pelakon itu bertudung di Instagram miliknya.

Foto itu turut disertakan keterangan gambar melahirkan rasa syukur dengan perubahan dilakukan oleh kakaknya pada Ramadan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: