Home » » Takut pada Allah, Khalid Samad sindir Sultan Selangor?

Takut pada Allah, Khalid Samad sindir Sultan Selangor?

Written By kall on Wednesday 16 July 2014 | 09:21


Pilihan Anda

Takut pada Allah, Khalid Samad sindir Sultan Selangor?

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau lebih takut dengan kemurkaan Allah.

Kenyataan itu dibuat Khalid lewat tengah malam tadi menerusi akaun Twitter beliau, @KhalidSamad.

"Bulan Ramadan bulan ketakwaan. Takwa bererti takut kepada kemurkaan Allah.

"Jangan kerana hendak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah," tulis Khalid di akaun Twitter-nya.

"Doa Rasulullah (SAW) balik dari Taif setelah dilempar batu. "Asalkan Kamu tak murka terhadap ku, maka aku tak kisah," tulis Khalid lagi merujuk kepada satu doa daripada Nabi Muhammad kepada Allah SWT.

Walaupun tidak memperincikan kepada siapa kenyataan itu ditujukan, ia dibuat sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dan kecewa dengan kenyataan Khalid tentang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid sebelum ini dilapor mencadangkan agar MAIS tidak lagi diberi kuasa untuk menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dengan kenyataan Khalid pada 17 Jun itu.

Utusan Online melaporkan baginda bertitah bahawa tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti termaktub dalam undang-undang.

Baginda juga dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.

Utusan melaporkan baginda bertitah demikian di majlis perasmian masjid pekan Sepang.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: