Home » » Isteri Awie retak tulang hidung, trauma gagal jumpa anak

Isteri Awie retak tulang hidung, trauma gagal jumpa anak

Written By kall on Wednesday 16 July 2014 | 10:39


Pilihan Anda

Isteri Awie retak tulang hidung, trauma gagal jumpa anak

KUALA LUMPUR: Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak.

Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46.

“Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie.

Namun, dia masih mampu untuk menyembuyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi rentetan peristiwa hitam, insiden kononnya dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.
Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.

Ikuti tembual mStar Online bersama Rozana.

ISTERI AWIE KINI TRAUMA

Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu?

Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus.

Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana!

Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka.

Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti.

Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak?

Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina.

Ina… saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu?

Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini.

Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!.

Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit?

Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru.

Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya?

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.

Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma?

Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini.

Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini?

Entahlah… Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh!
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk'));

new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: