Home » » Padah lakukan seks luar nikah

Padah lakukan seks luar nikah

Written By kall on Thursday 17 July 2014 | 10:31


Pilihan Anda

Padah lakukan seks luar nikah

BEIJING: Parti Komunis yang memerintah China terus menghukum ahli-ahlinya yang terlibat dengan "hubungan luar nikah" dalam usaha membersihkan imej anggotanya daripada kaki rasuah dan kaki perempuan.

Mao Xiaobing, bekas pegawai kanan di Xining, sebuah bandar di barat laut China, jadi sasaran terbaru. Dia dipecat daripada jawatan dan parti, kata badan pemantau disiplin dan siasatan parti itu pada Rabu.

"Mao mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk mencari keuntungan bagi pihak orang lain, meminta dan menerima rasuah yang besar serta terlibat dalam seks di luar perkahwinan," kata badan itu.

Akhbar China Daily sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya enam pegawai telah dihukum sejak Jun atas dakwaan terlibat dalam seks luar nikah. Dalam kes-kes sebelum ini, ia menggunakan istilah yang kurang jelas seperti "keruntuhan moral".

Hubungan seks luar nikah bukan satu kesalahan di China. Namun Parti Komunis sejak beberapa tahun telah dimalukan dengan laporan mengenai ahli-ahlinya yang menyimpan beberapa orang wanita. Pemimpin parti itu, Xi Jinping baru-baru ini berikrar akan meningkatkan tahap disiplin ahli-ahli partinya.

Parti itu bulan lalu memaklumkan ahli-ahlinya yang didapati bersalah kerana mempunyai hubungan sulit "akan dipecat daripada jawatan atau dilucutkan keahlian".
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: