Home » » Nelydia Senrose bergaduh dengan Qi di tempat awam

Nelydia Senrose bergaduh dengan Qi di tempat awam

Written By kall on Friday, 11 July 2014 | 22:27


Pilihan Anda

Nelydia Senrose bergaduh dengan Qi di tempat awam

Baru-baru ini ada peminat yang memberitahu GUA mereka terserempak dengan pasangan kekasih Nelydia Senrose dan Qi Razali sedang bergaduh di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Gelagat pasangan ini menarik perhatian orang sekeliling kerana Nelydia dilihat mengalirkan air mata. Dek kerana itu, timbul tanya tanya sama ada hubungan pasangan ini mempunyai masalah atau sebaliknya.

“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujar Nelydia ketika ditemui di majlis berbuka puasa HBO Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia di Le Meridien, Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas Nelydia lagi, hubungannya dengan Qi Razali baik-baik sahaja dan harap peminat yang terlihat dia menangis tidak salah faham.

Selain itu, Nelydia turut melahirkan rasa terujanya kerana dipilih untuk menggunakan khidmat suaranya bagi watak Margo dalam filem Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia. Dia berharap versi Bahasa Malaysia ini turut mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat-peminat.

Belajar daripada kesilapan tahun lalu, Nelydia Senrose mengambil keputusan untuk mengurangkan kerjaya seninya sepanjang bulan Ramadan. Menurut Nelydia, pada tahun lalu dia begitu terikat dengan jadual kerja yang begitu padat sehingga tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

“Pada tahun lalu, saya sibuk dengan penggambaran 'Cinta Jannah' yang mana kebanyakkan masa dihabiskan di lokasi penggambaran sahaja. Saya berbuka dan bersahur hanya di lokasi penggambaran. Jadi, tahun ini saya kurang menerima tawaran berlakon kerana mahu luangkan masa dengan keluarga. Saya juga berkesempatan berkunjung ke pasar Ramadan serta menunaikan solat sunat Tarawih.

Apabila ditanyakan mengenai persiapan sambutan Syawal tahun ini, Nelydia berkata yang mereka sekeluarga tidak begitu teruja menyambut Raya kerana baru sahaja kehilangan nenek sebelah ayahnya kira-kira sebulan lalu.

“Tahun ini kami tidak begitu teruja dengan persiapan menyambut raya kerana baru sahaja kehilangan nenek kami. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan pulang ke kampung beraya, namun tahun ini mungkin kami hanya beraya di sini (KL) dulu sebelum pulang ke kampung pada Raya kedua untuk melawat pusara nenek,” ujar Nelydia.

Gua.com.mydisableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: