Home » » Ahli politik Jepun letak jawatan selepas video 'terlampau' tersebar

Ahli politik Jepun letak jawatan selepas video 'terlampau' tersebar

Written By kall on Friday, 11 July 2014 | 17:35


Pilihan Anda

Ahli politik Jepun letak jawatan selepas video 'terlampau' tersebar

Sekadar gambar hiasan
TOKYO: Seorang ahli politik Jepun, yang menangis teresak-esak dalam video yang ditonton ramai berhubung kunjungannya ke kolam air panas, hari ini meletakkan jawatannya.

Ryutaro Nonomura, 47, ahli dewan wilayah Hyogo, tidak dapat menahan air matanya dan menjerit secara melulu apabila ditanya pada sidang akhbar minggu lalu mengenai kunjungannya ke kolam air panas itu dengan menggunakan duit rakyat.

Video yang menunjukkan beliau menangis ditonton 2.7 juta orang dan berikutan itu banyak pihak memintanya meletakkan jawatan.

Nonomura mengunjungi kolam air panas 106 kali tahun lalu, dengan menggunakan wang awam dan melaporkannya sebagai aktiviti politik. - AP
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";