Home » » Laporan Gaza oleh Singapura macam gampang!

Laporan Gaza oleh Singapura macam gampang!

Written By kall on Saturday 12 July 2014 | 07:21


Pilihan Anda

Laporan Gaza oleh Singapura macam gampang!

Telah diketahui, negara jiran Malaysia, Singapura merupakan sekutu kuat negara Israel di Asia.

Tahukah anda, di Singapura ada ditempatkan pejabat ejen risikan negara zionis itu, Mossad ?

Itu mencerminkan hubungan baik antara kedua negara itu sehingga Singapura juga digelar Israel Asia Tenggara kerana memiliki sikap yang hampir sama.

Oleh kerana itu, laporan berita dari Singapura berkaitan serangan yang dilancarkan Israel ke atas Palestin telah disampaikan dengan cara yang agak pelik.

Dalam satu laporan berita berkaitan serangan, berita dari sebuah stesen televisyen di negara itu memaklumkan bahawa negara Singapura amat prihatin dan menyifatkan ‘serangan’ terhadap Israel oleh Palestin perlu segera dihentikan.

“Israel perlu menahan diri, elak kematian orang awam,” menurut perkataan tertera di paparan grafik laporan berkenaan.

Kebanyakan masyarakat dunia ketika ini jelas dengan keadaan yang berlaku bahawa Israel yang merampas sebahagian tanah milik Palestin untuk mewujudkan negara Yahudi kini menyerang negara Israel ekoran kerakusan dan kekejaman mereka ke atas Islam.

Apa yang berlaku sekarang sebenarnya, negara Islam Palestin sedang berhadapan dugaan hebat mempertahankan bumi mereka daripada pencerobohan Israel dan juga mempertahankan Islam daripada terus dihina dengan kejam.

Kebebasan rakyat Palestin yang tidak berdosa disekat dengan pembinaan tembok besi mengelilingi Semenanjung Gaza bagi kononnya mengelakkan serangan dari Palestin tetapi sebaliknya bagi memudahkan mereka membunuh penduduk Islam Palestin.

Tidak cukup dengan pejuang Hamas yang menjadi mangsa serangan, wanita dan kanak-kanak juga turut terkorban dalam keadaan menyayat hati daripada serangan udara yang dilaksanakan bertubi-tubi itu.

Dilaporkan media antarabangsa, sehingga kini angka kematian warga Palestin sudah pun dikatakan mencecah lebih 700 orang sejak serangan dilancarkan awal minggu ini.

Sudah menjadi tanggunjawab Singapura yang menjadi sekutu kuat kuasa jahat dunia itu untuk memberikan laporan berita yang menyebelahi rejim Zionis itu.

Dikhabarkan kini, pihak Israel sedang mengumpulkan kira-kira 40,000 askar dan kereta perisai bagi melaksanakan peringkat seterusnya serangan iaitu serangan darat. – MYNEWSHUB.MY
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: