Home » » Ibu lima anak cedera, mercun meletup di tangan

Ibu lima anak cedera, mercun meletup di tangan

Written By kall on Saturday 12 July 2014 | 08:21


Pilihan Anda

Ibu lima anak cedera, mercun meletup di tangan

KOTA BHARU - Seorang ibu kepada lima anak cedera di mata kanan dan jari tangan kiri apabila mercun bola yang dinyalakan meletup di tangannya di Kampung Pasir Dusun, Jeli, semalam.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Fakariah A'alrinah Jusoh, 42, yang sedang menoreh getah di kebun miliknya terdengar ngauman harimau dan bertindak menyalakan mercun tersebut bagi menakutkan haiwan berkenaan kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya.

Katanya ketika kejadian, anaknya Muhammad Zikri Haziq Muhammad Ruzali, 3, sedang tidur di bangsal di dalam kebun berkenaan.

"Saya dengar bunyi harimau dan sebab bimbangkan keselamatan kami, saya nyalakan mercun tetapi saya tidak sempat lempar, mercun meletup.

"Selepas terkena mercun saya tidak sedarkan diri buat seketika, setelah sedar saya terus menghubungi anak (melalui telefon)," katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Katanya dia membawa mercun bola itu ketika menoreh untuk menghalau binatang buas seperti babi dan harimau.

Fakariah merupakan mangsa ketiga akibat mercun di Kelantan bulan ini, selepas kejadian pertama pada 4 Julai lalu yang menyaksikan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang putus tiga jari tangan kanan.

Pada 5 Julai lalu pula seorang remaja lelaki berusia 17 tahun hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola di Kampung Berangan Apam, Pasir Mas. - Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: