Home » » Giliran Ziana Zain Pula Berhijab?

Giliran Ziana Zain Pula Berhijab?

Written By kall on Saturday 5 July 2014 | 10:47


Pilihan Anda

Giliran Ziana Zain Pula Berhijab?

Selepas aktres Neelofa disahkan telah berhijrah untuk berhijab, kini penyanyi popular iaitu Ziana Zain turut dikatakan mengambil langkah yang sama apabila gambar di laman Istagram miliknya menunjukan yang dia telah memakai tudung penuh.

Terdapat 4 keping gambar kecil yang dirangkumkan dalam satu potrait foto yang turut kelihatan anak kembarnya yang begitu gembira dengan penampilan ibu mereka itu.

Memakai tudung berlainan warna seperti hijau, hitam dan kelabu, Ziana Zain kelihatan sungguh anggun dan manis sekali dengan penampilan terbarunya itu.

Mungkin berkat Ramadan Al Mubarak dan bulan yang mulia ini, telah membuka hati penyanyi berusia 46 tahun itu untuk berhijrah dan memakai tudung.

Dari pihak Murai, kami amat gembira dengan penampilan terbaru Ziana Zain, dan diharapkan kehidupannya lebih baik dan bermakna.

Murai.com.my
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: