Home » » Status FB Remaja Islam ‘Buka Puasa Dengan Tiger’ Tersebar

Status FB Remaja Islam ‘Buka Puasa Dengan Tiger’ Tersebar

Written By kall on Thursday 10 July 2014 | 21:21


Pilihan Anda

Status FB Remaja Islam ‘Buka Puasa Dengan Tiger’ Tersebar

Beberapa hari ini, satu status Facebook yang dimuatnaik di laman Facebook milik seorang remaja lelaki tersebar di laman sosial dan menerusi Whatsapp hingga mencetuskan kontroversi.

Status itu dianggap menghina umat Islam yang sedang berpuasa apabila berbunyi:

“Alhamdulillah.. awal-awal pagi.. buka posa bersama menu kegemaran aku.. TIGER.. syukur pada Allah SWT.”
Status FB Remaja Islam 'Buka Puasa Dengan Tiger' Tersebar

Rasa payah kami nak percaya ada umat Islam sejahil ini justeru kemungkinan besar pemilik Facebook ini kena naya rasanya, tak pun memang profil ini sengaja direka untuk menaikkan kemarahan masyarakat.

Tapi tak kira siapa pun yang melakukan perkara ini, ternyata individu itu memang biadap kerana sengaja mahu mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan umat Islam.

Malah gara-gara status ini satu laman Facebook khas untuk mencerca pengguna Facebook bernama Muhammad Arwan dicipta.

Nampak macam kes ringan tapi diharapkan SKMM lebih tegas menyiasat kerana sejak akhir-akhir ini ramai sangat yang melampau di media sosial, mungkin kerana berasakan laman siber tidak terjaga jadi mereka bebas untuk berbuat onar di sini.

-mynewshub
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: