Home » » Pendapat Chef Wan tak laku di Pulau Pinang

Pendapat Chef Wan tak laku di Pulau Pinang

Written By kall on Tuesday 15 July 2014 | 18:21


Pilihan Anda

Pendapat Chef Wan tak laku di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Pim Guan Eng berkata beliau menerima kritikan tukang masak popular Chef Wan berhubung cadangan negeri mahu melarang tukang masak asing menyediakan makanan tempatan di negeri itu.

“Kami terima pandangan Chef Wan (kiri) dengan hati terbuka. Ini pandangannya, beliau tidak setuju dengan langkah itu, mungkin yang lain setuju.

“Kita tidak takut pada kritikan, kami terbuka dengannya, dan terbuka kepada maklum balas awam,” kata Lim dalam sidang media hari ini.

Lim berkata, kenyataan Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dialu-alukan walaupun beliau bukanlah penduduk Pulau Pinang.

The Star melaporkan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing daripada menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.

“Bukankah lebih baik melatih mereka dengan baik dan menyelia mereka melakukan kerja lebih baik?” beliau dipetik sebagai berkata.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: