Home » » Pas sedia pecat ahli terlibat kumpulan radikal

Pas sedia pecat ahli terlibat kumpulan radikal

Written By kall on Friday 11 July 2014 | 08:18


Pilihan Anda

Pas sedia pecat ahli terlibat kumpulan radikal

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pas tidak akan teragak-agak memecat mana-mana ahlinya yang terlibat dengan kumpulan radikal sama ada di luar ataupun di dalam negeri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak mengizinkan penglibatan ahlinya dalam kegiatan radikal kerana Pas mendukung pendekatan demokrasi menerusi pilihan raya.

"Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi.

"Sebab itu Pas tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam, ia juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa di sepanjang zaman," katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Presiden Pas di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas meneliti dengan penuh berhati-hati perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria serta meminta para ahli dan penyokongnya memahami segala bentuk percaturan proksi yang sedang berlaku di negara-negara bergolak itu.

Katanya, sejarah tamadun Islam telah menunjukkan banyak masalah dalaman umat dapat diselesaikan tanpa peperangan sebagaimana pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, zaman Amawiyah (Umayyah), zaman Abbasiyah dan zaman Uthmaniyyah.

"Adalah ditegaskan bahawa Pas tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihan raya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan-rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia," katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: