Home » » OIC dicadang tubuh tentera Islam

OIC dicadang tubuh tentera Islam

Written By kall on Monday 14 July 2014 | 09:31


Pilihan Anda

OIC dicadang tubuh tentera Islam

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dicadang menubuhkan sebuah pasukan tentera Islam dengan keanggotaan pelbagai negara Islam seluruh dunia, berikutan serangan kejam berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), yang mencadangkan perkara berkenaan, menarik perhatian bahawa pasukan itu seterusnya boleh digerakkan secepat mungkin ke Gaza bagi menangkis dan menghentikan serangan tentera Israel.

Setiausahanya, Mohd Shamsuddin Damin berkata, selain usaha diplomasi dan rundingan yang dijalankan, penubuhan tentera berkenaan secara tidak langsung dapat menyedarkan pengganas Israel bahawa umat Islam bersedia mempertahankan Gaza dan Palestin daripada dimusnahkan.

"Pada hemat kami juga, jihad bertahan ini wajar kerana tentera pengganas Israel mahu memusnahkan Gaza dan tanah suci umat Islam.

"Semua kriteria menggerakkan jihad bertahan seperti dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW telah dilanggar tentera pengganas Israel," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera, selain masjid, sekolah dan ratusan rumah musnah akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

- Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: