Home » » Najib pula terpaksa 'jawab' untuk Bung Moktar

Najib pula terpaksa 'jawab' untuk Bung Moktar

Written By kall on Thursday 10 July 2014 | 13:30


Pilihan Anda

Najib pula terpaksa 'jawab' untuk Bung Moktar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tweet yang ditulis Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai “tidak boleh diterima dan salah”.

Kenyataan Najib dimuat naik di akaun rasmi Twitter dan Facebook beliau yang turut berkata bahawa Bung Mokhtar tidak bercakap bagi pihak Malaysia dan rakyat Malaysia yang memahami masa lampau sejarah Eropah yang tragis.
The comments made by Datuk Bung Moktar are unacceptable and wrong, and he will withdraw them.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 10, 2014
He does not speak for Malaysia, or for ordinary Malaysians, who understand Europe’s tragic past, and respect its modern unity.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 10, 2014
This should be a time of celebration for Germany, and we wish them all the best in the final.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 10, 2014
Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler.

Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.

Hitler memimpin Nazi antara 1933 hingga 1945 dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan jutaan orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Bung Mokhtar menjadi ahli parlimen sejak 1999. Ini bukan kali pertama kenyataannya mencetuskan kontroversi. Beliau sebelum ini dikecam kerana membuat kenyataan kurang sensitif tentang wanita, perkauman dan beberapa hal lain.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tweet-bung-mokhtar-tidak-boleh-diterima-dan-salah-najib-39511?cp
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: