Home » » Gossip artis: Suami 'bohjan', isteri macam 'bohsia'

Gossip artis: Suami 'bohjan', isteri macam 'bohsia'

Written By kall on Monday 7 July 2014 | 12:42


Pilihan Anda

Gossip artis: Suami 'bohjan', isteri macam 'bohsia'

Sekadar gambar hiasan
Apabila artis ini mengambil keputusan untuk mengahwini seorang penggiat seni tanah air, rakan-rakan yang mengenali mereka menyifatkan jodoh itu sebagai bertemu buku dengan ruas. Ini kerana yang lelakinya kaki perempuan atau dalam kata lain ‘bohjan’ dan artis itu sendiri ala-ala ‘bohsia’.

Bagaimanapun, mereka tetap mendoakan pasangan bahagia berserta harapan setinggi gunung agar menerusi perkahwinan itu masing-masing boleh berubah. Namun jodoh dua insan itu tidak panjang kerana walaupun ada anak, mereka tetap dengan perangai lama, saling mencurigai dan cemburu.

Suami artis itu tuduh dia ‘ada hati’ dengan hero yang berlakon bersamanya, tetapi menurut sumber SS, artis dan hero itu tiada apa-apa hubungan, tetapi si suami tetap tak percaya lalu tercetus pertengkaran sehingga terjadi adegan pukul memukul.

Lebam jugalah muka artis itu kena gasak dengan suaminya dan terpaksalah mekap artis menggunakan solekan tebal untuk melindungi kesan lebam itu kerana penggambaran drama masih berjalan. Jelas sumber SS lagi, penggiat seni itu pernah berkahwin sebelum ini dan dia bercerai dulu pun kerana perangainya yang ‘kaki tinju’. Isteri mana yang tahan, angkat kakilah jawabnya.

Kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Bagaimanapun SS dengar, masih lagi ada rasa tidak puas hati sehingga saling mendendami.

Rap@Harian Metro
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: