Home » » Giliran penjawat awam Melaka terima bantuan raya

Giliran penjawat awam Melaka terima bantuan raya

Written By kall on Saturday 5 July 2014 | 22:41


Pilihan Anda

Giliran penjawat awam Melaka terima bantuan raya

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan RM3.8 juta bagi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada 7,586 penjawat awam di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata bantuan tersebut melibatkan semua kakitangan tetap, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan kontrak di negeri itu dengan pembayaran akan dilakukan pada 15 Julai ini.

"Bantuan ini selaras dengan inisiatif kerajaan pusat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan kunci Taman Sutera Wangi Fasa 1A dan jualan rumah kos rendah fasa 1C taman itu di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian bantuan itu diharap dapat membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dalam menyambut Syawal.

Idris turut menasihati penjawat awam di negeri itu supaya menggunakan bantuan tersebut secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran.

Perdana Menteri pada Rabu mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Najib turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. - Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: