Home » » Giliran Oranje malukan Brazil

Giliran Oranje malukan Brazil

Written By kall on Sunday, 13 July 2014 | 07:33


Pilihan Anda

Giliran Oranje malukan Brazil

Brasilia (Brazil): Belanda menamatkan kempen piala dunia dengan menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan tuan rumah, Brazil, 3-0, di Mane Garrincha National Stadium, awal pagi ini.

Ini adalah kali kedua Oranje beraksi pada penentuan tempat ketiga. Pada 1998, Belanda tewas 1-2, di tangan Croatia.

Jaringan pembukaan Belanda muncul pada minit ketiga perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Robin van Persie.

Penalti itu diperoleh selepas ketua pasukan Brazil, Thiago Silva menjatuhkan Arjen Robben, dalam kotak penalti.

Kesebelasan Brazil yang turun bagi mengubati luka penyokong mereka selepas tewas 1-7, di tangan Jerman, kemudiannya dikejutkan pula dengan jaringan kedua Oranje pada minit ke-17.

Berpunca daripada tandukan yang lemah oleh David Luiz di mana bola terus singgah di kaki Daley Blind di depan gawang Brazil.

Ketika Brazil tampak bagaikan berkeupayaan untuk memperoleh jaringan dengan serangan bertali-arus, gawang tuan rumah sekali lagi bocor menerusi Georginio Wijnaldum, pada minit ke-90.

Bagi perlawanan ini, Luiz Felipe Scolari melakukan enam pertukaran dengan menyenaraikan semula Thiago Silva - tidak turun kerana digantung satu perlawanan apabila Brazil tewas memalukan di tangan Jerman.

Maxwell pula membuat kemunculan pertama di Piala Dunia menggantikan Marcelo manakala Willian turut disenaraikan dalam kesebelasan pertama buat pertama kali.

Ramires dan Paulinho, yang masuk di babak kedua ketika bertemu Jerman disenaraikan dalam kesebelasan utama, begitu juga Fred dan Marcelo.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal hanya membuat satu pertukaran dengan menyenaraikan Nigel de Jong.

BRAZIL: Julio Cesar, Maicon, Thiago Silva, David Luiz, Maxwell, Ramires, Luiz Gustavo, Paulinho, Oscar, Willian, Jo

BELANDA: Jasper Cillessen, Stefan de Vrij, Ron Vlaar, Bruno Martins Indi, Dirk Kuyt, Georginio Wijnaldum, Jordy Clasie, Wesley Sneijder, Daley Blind, Arjen Robben, Robin van Persie

PENGADIL: Djamel Haimoudi (ALG)
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: