Home » » Doktor Lemparkan Kata-Kata Kesat Terhadap Enot

Doktor Lemparkan Kata-Kata Kesat Terhadap Enot

Written By kall on Friday, 11 July 2014 | 06:49


Pilihan Anda

Doktor Lemparkan Kata-Kata Kesat Terhadap Enot

Enot redha dan pasrah dengan penyakit kanser usus yang dihidapinya.
PETALING JAYA: Pelakon Enot membuat keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser ususnya di sebuah hospital berikutan keceluparan dan sikap biadap seorang doktor yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati penyakit tersebut.

"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Enot turut mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan emosinya yang kini tidak begitu stabil dan mudah tersinggung.

Sementara itu, Enot berkata, dia enggan membuat rawatan berkenaan berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

Sehubungan itu dia memilih untuk melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga," katanya.

Sementara itu, Enot mengakui kini bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan kepada anak-anaknya.

Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.

"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti.

"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," ujarnya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: