Home » » David Teo terlibat dalam kes kehilangan kereta Wawa Zainal?

David Teo terlibat dalam kes kehilangan kereta Wawa Zainal?

Written By kall on Wednesday 9 July 2014 | 09:41


Pilihan Anda

David Teo terlibat dalam kes kehilangan kereta Wawa Zainal?

Sejak pelakon Wawa mengambil keputusan untuk meninggalkan MIG selepas kontroversi perkahwinan rahsianya dengan aktor Airel Zafril tahun lalu, bekas majikannya, David Teo memberitau sejak itu mereka tidak pernah lagi berjumpa.

Justeru, David yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan isu kehilangan kereta milik aktres Wawa Zainal.

Bercakap kepada mStar online, David berkata, perkara tersebut berada diluar bidang kuasanya selepas Wawa mengambil tindakan untuk keluar daripada pengurusan syarikat tersebut.

"Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut dan enggan mencampuri urusan Wawa kerana dia bukan lagi artis bawah pengurusan saya," katanya.

Terdahulu, Wawa menerusi laman Twitter miliknya memuat naik beberapa status sejak Jumaat lalu mempertikaikan kehilangan kereta jenis Suzuki Swift miliknya sejak setahun lalu.

Dalam beberapa entri yang ditulisnya Wawa mendesak si pencuri supaya tampil memohon maaf atas kejadian tersebut dan mendakwa ia perbuatan orang yang pernah rapat dengannya.

Wawa turut menyindir 'pencuri' itu dengan kata-kata menggambarkan dia sememangnya mengenali individu terbabit.

Dalam pada itu, David menegaskan status sindiran Wawa itu bukan ditujukan kepada pihaknya. Sebaliknya eliau berpendapat, pandangan tersebut hanya sekadar telahan dan ia mungkin ditujukan kepada pihak lain.

"Mungkin sindiran itu dibuat untuk pengurus, keluarga atau teman rapatnya. Ia tiada kena mengena dengan MIG," tegasnya.

Bagaimanapun David mengakui kereta berkenaan adalah milik MIG yang diberikan kepada Wawa semasa pelakon itu menjadi artis di bawah naungan syarikat tersebut.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: