Home » » Aksi Piala Dunia Neymar telah berakhir

Aksi Piala Dunia Neymar telah berakhir

Written By kall on Saturday 5 July 2014 | 13:37


Pilihan Anda

Aksi Piala Dunia Neymar telah berakhir

Bintang Brazil Neymar telah mengalami kecederaan belakang dan tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia kali ini.

Dr Rodrigo Lasmar telah memberitahu kepada wartawan Neymar mengalami keretakan di bahagian tulang belakang ketika Brazil menang 2-1 ke atas Colombia.

Pasukan tuan rumah itu akan bertemu dengan Jerman di pusingan separuh akhir di Estadio Castelao.

Thiago Silva berjaya membuka jaringan pada awal perlawanan sebelum David Luiz melakukan rembatan kencang dari sepakan percuma meletakkan Selecao di depan. James Rodriguez menyermpurnakan sepakan penalti pada 10 minit terakhir perlawanan.

Kemenangan 2-1 itu telah diragukan dengan kecergasan bintang mereka Neymar yang terpaksa diusung keluar ketika perlawanan masih berlangsung.

Pemain berusia 22 tahun terlantar selepas terjahan lutut tepat pada bahagian belakang dari Juan Zuniga dan Dr Rogrido Lasmar telah mengesahkan keretakan tulang belakang sekaligus menamatkan aksinya di Piala Dunia.

"Ia merupakan bukan kecederaan yang serius dan tidak memerlukan pembedahan, tetapi dia perlu berehat sepenuhnya untuk pulih."

Lasmar memberitahu tempoh untuk pulih mungkin mengambil beberapa minggu sehingga Piala Dunia tamat.

Kecederaan yang dialami Neymar dan Thiago Silva digantung perlawanan tidak dapat beraksi menentang Jerman akan memberikan tamparan hebat untuk pasukan Brazil.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: