Home » » Adi Putra Kini Tinggal Berasingan Dari Isterinya?

Adi Putra Kini Tinggal Berasingan Dari Isterinya?

Written By kall on Monday 14 July 2014 | 11:30


Pilihan Anda

Adi Putra Kini Tinggal Berasingan Dari Isterinya?

Hujung Minggu biasalah Murai Batu sambil-sambil tengok tv, bacalah ‘paper’ nak tambah ilmu pengetahuan. Tapi sampai dekat satu ‘headline’ Pancaindera ruangan laser Miss J, Murai Batu terkejut kononnya pelakon kacak kelahiran Singapura iaitu Adi Putra tak tinggal lagi sebumbung dengan isterinya.

Adakah ia benar? Murai Batu tak pastilah, mungkin Adi Putra tak duduk sebumbung kerana dia sibuk uruskan pakej umrah. Almaklumlah diakan ada syarikat pakej umrah iaitu Hadid Travel & Tours yang ditubuhkan pada awal tahun lalu.

Murai Batu pun dah lama tak dengar perkembangan terbaru Adi Putra, kelibat dia di majlis berbuka puasa pun Murai Batu tak nampak, sibuk sangat agaknya kot.

Adi pun sebelum ini pernah dilanda kontroversi yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan isteri orang, tapi kes itu macam tergantung. Mungkin dek kerana isu itu, Adi menjauhkan diri daripada media, Murai Batu pun tak pasti.

Orang kata, khabar-khabar angin ni, kekadang betul kekadang tidak, kalau ada masalah rumah tangga tu cepat-cepatlah jernihkan. Biasalah rumah tangga, sedang kan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apa-apa pun Murai Batu doakan semuanya selamat.

Murai Batu
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: