Home » » KIsah Mak Nani,Rendang Dan Aziz Satar

KIsah Mak Nani,Rendang Dan Aziz Satar

Written By kall on Tuesday 6 May 2014 | 23:51


Akak Dibalik Pintu

KIsah Mak Nani,Rendang Dan Aziz Satar

                             

PELAKON veteran, Datuk Rosnani Jamil menyifatkan Allahyarham Datuk Aziz Satar sebagai sebutir permata yang tiada gantinya.

Pemergian Allahyarham awal pagi tadi mengejutkan semua pihak terutama keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Rosnani atau lebih dikenali sebagai Mak Nani memberitahu panggilan istimewa Allahyarham kepada dirinya bakal dirindui selepas ini.

“Yang paling mak tak dapat nak lupakan... orang lain semua panggil Nani atau Ros tapi dia panggil mak, Nang Ni.

“Bulan lepas pun masa mak datang ke rumahnya melawat, dia masih ingat panggilan itu. Itu yang mak akan rindu,” katanya yang menahan sebak kepada Sinar Harian Online, hari ini.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Namun Mak Nani akui tidak terkilan kerana telah sempat bertemu dan saling meminta maaf pada bulan lalu.

Malah, Mak Nani juga membawa bersama makanan kegemaran Allahyarham.

“Kali terakhir jumpa Allahyarham bulan lepas. Mak tak terkilan dia pergi kerana dah dapat jumpa dan meminta maaf.

“Dia kata dah lama tak makan rendang mak. Dia pun ada cakap dengan anak-anak tentang (keinginan untuk makan) rendang itu. Kebetulan mak bawa rendang hari itu,” katanya yang menganggap Allahyarham sebagai abang sejak menceburi bidang lakonan.

Sementara itu, anak bongsu Allahyarham, Sandakiah Aziz memberitahu bapanya mengadu sakit dada pada Sabtu lalu namun menolak untuk ke hospital.

Ekoran keadaan yang semakin membimbangkan, Allahyarham dibawa ke hospital keesokannya dan terus dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan KPJ Kajang.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 89 tahun di sisi keluarga kira-kira jam 2 pagi, Selasa.

Allahyarham meninggalkan tujuh anak, 20 cucu dan 10 cicit.

Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Cheras.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: