Home » » Berzina di tangga kecemasan hingga hamil

Berzina di tangga kecemasan hingga hamil

Written By kall on Tuesday 6 May 2014 | 23:54


Pilihan Anda

Berzina di tangga kecemasan hingga hamil

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang telah melakukan dua kali hubungan seks dengan teman wanitanya yang baru berusia 15 tahun hingga hamil telah dijatuhkan hukuman 15 bulan dengan pengawasan.

Dalam tempoh pengawasan itu juga, beliau diperintahkan mahkamah untuk melakukan 100 jam khidmat komuniti. Ibu bapanya juga perlu membayar $5,000 bon jaminan untuk memastikan beliau berkelakuan baik, lapor The Straits Times.

Gadis berkenaan yang berusia 15 tahun ketika kejadian, telah mengugurkan kandungannya pada Januari lalu selepas ibunya mendapat tahu kehamilan beliau dan membuat laporan polis.

Pasangan ini telah mengadakan seks pada Januari dan Oktober 2013 di ruang tangga kecemasan blok HDB di Jalan Chai Chee.

Mereka mula berkawan semenjak bulan Februari tahun 2012 selepas bertemu di sekolah yang sama.

Remaja lelaki berkenaan mengaku bersalah atas kesalahan melakukan seks dengan gadis bawah umur.

Beliau boleh dipenjara 10 tahun, denda atau kedua-duanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: