Home » » Kempen penyusuan badan dikecam kerana 'lucah' keterlaluan

Kempen penyusuan badan dikecam kerana 'lucah' keterlaluan

Written By kall on Thursday 29 May 2014 | 10:25


Pilihan Anda

Kempen penyusuan badan dikecam kerana 'lucah' keterlaluan

Iklan untuk kempen penyusuan susu ibu telah mendapat kecaman ramai kerana ia tidak menggambarkan langsung mengenai aspek penyusuan.

Sebaliknya iklan yang memaparkan selebriti aktres Camila Sodi dan peninju La Barby Juarez itu seolah-olah satu pertunjukan badan.Dalam iklan itu Sodi tidak berbaju dan hanya menutup dadanya dengan banner . Ia dikecam kerana iklan itu lebih bersifat provokatif dan seksi.

Kempen penyusuan ibu di Negara itu terpaksa diadakan bagi menggalak kaum wanita menyusu badan bayi mereka. Mexico merupakan antara negara di Amerika Tengah yang mempunyai kadar penyusuan badan yang rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan ibu-ibu menyusu bayi mereka sehingga usia bayi enam bulan namun hanya 14 peratus wanita di Mexico menyusukan bayi mereka.

Faktor seperti kekurangan zat, cuti bersalin yang tidak sempurna dan ketiadaan peluang untuk mengepam susu di pejabat menyebabkan wanita memberi susu formula kepada bayi mereka.-mynewshub
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page