Home » » Sahutan 'Celaka, celaka, celaka' raikan kemenagan DAP

Sahutan 'Celaka, celaka, celaka' raikan kemenagan DAP

Written By kall on Monday, 26 May 2014 | 05:21


Pilihan Anda

Sahutan 'Celaka, celaka, celaka' raikan kemenagan DAP

Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI – Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP – 41,242
PCM – 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar – 799
Abu Backer Sidek – 225
Undi Rosak – 539
Majoriti – 37,659

8.29pm: Penyokong DAP melaungkan “Celaka! Celaka! Celaka!” untuk meraikan kejayaan Ramkarpal mengekalkan kerusi Bukit Gelugor untuk parti itu.

Makian “celaka” itu merujuk kepada satu kenyataan ADUN DAP yang mencetuskan siri protes anti-DAP minggu ini.

Sementara itu, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata jumlah pengundi yang kurang itu ekoran BN tidak bertanding.

Katanya, keputusan itu menunjukkan penyokong Ramkarpal tidak mendapat undi secukupnya dari kawasan Melayu.

“Undi diperolehi PCM dan Bebas adalah dari penyokong BN, pastinya jumlah keluar mengundi lebih besar jika BN bertanding,” katanya.

8.26pm: RASMI Jumlah keluar mengundi adalah 46,099 (56.04 peratus). – Malaysiakini.com
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: