Home » » Isteri diperkosa perlu jalani edah tiga kali suci bersihkan rahim

Isteri diperkosa perlu jalani edah tiga kali suci bersihkan rahim

Written By kall on Tuesday 27 May 2014 | 09:41


Pilihan Anda

Isteri diperkosa perlu jalani edah tiga kali suci bersihkan rahim

SOALAN: Seorang rakan baik saya ditimpa musibah apabila rumahnya dimasuki perompak. Bukan hanya harta benda yang dicuri tetapi isteri juga diperkosa dengan kejam. Kini sahabat saya berada dalam keadaan tertekan dan berasa bersalah kerana gagal melindungi keluarga. Sudah tentu isterinya juga mengalami trauma yang teruk hingga enggan melakukan hubungan kelamin bersama suaminya. Melihat keadaan rakan ini saya bimbang sekiranya dibiarkan tragedi itu menyebabkan mereka bercerai berai. Apa yang perlu saya lakukan? Apa pandangan Islam terhadap isteri yang diperkosa? Bagaimana jika dia mengandung?

——

JAWAPAN: Tragedi yang menimpa keluarga sahabat saudara sangat dahsyat dan kejam. Ia adalah ujian maha sukar untuk siapa saja. Tindakan saudara memberikan sokongan kepada mereka adalah perbuatan terbaik seba
gai seorang sahabat.

Perlu dijelaskan kepada mereka bahawa apa yang berlaku bukan salah mereka tetapi penjenayah itu yang wajib disalahkan. Ia juga adalah ketentuan Allah yang kita sebagai manusia biasa tidak dapat mengubahnya.

Teruskan kehidupan

Sebaiknya terima ketentuan Allah ini dengan sabar dan teruskan kehidupan. Sebaliknya perbuatan menyalahkan diri sendiri dan mengecam takdir Allah hanya menambahkan rasa gundah dan kecewa.

Saad bin Abi Waqqas ra menyatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Antara kebahagiaan seorang anak Adam itu adalah apabila dia reda dengan apa yang ditetapkan Allah kepadanya.

Antara penderitaan seorang anak Adam pula adalah apabila dia tidak mahu menyerahkan pilihannya kepada Allah.

Dan di antara penderitaan seorang anak Adam itu juga adalah apabila dia marah terhadap apa yang ditetapkan Allah kepadanya.”

Berkenaan dengan isteri beliau, menurut Dr Wahbah az-Zuhaily dalam bukunya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, dia perlu menjalani iddah selama tiga kali suci bagi membersihkan rahimnya daripada benih perogol itu.

Imam Ahmad mencadangkan agar suami mengelakkan diri daripada meniduri isterinya dalam tempoh itu.

Selain memastikan rahimnya bersih daripada benih orang lain, tempoh ini juga mungkin dapat mengubati trauma yang menimpa isteri itu.

Mereka juga boleh meminta doktor membersihkan rahim daripada benih asing. Bagaimanapun sekiranya dia didapati hamil, sahabat saudara perlu mendapatkan penjelasan doktor tentang tempoh kehamilan tersebut. Jika dia telah hamil dua bulan, sedangkan tragedi tersebut hanya berlaku bulan lepas, bererti anak yang dikandunginya adalah anak rakan saudara dan dia telah pun hamil ketika diperkosa.

Lakukan ujian DNA Untuk lebih kepastian, saudara juga boleh melakukan ujian DNA selepas anak itu lahir untuk memastikan nasab keturunannya.

Sekiranya terbukti si isteri hamil daripada pemerkosaan itu, pengguguran boleh dilakukan dengan beberapa syarat. Sebagaimana dijelaskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kelai ke-52 yang bersidang pada 1 Julia 2012 telah memutuskan berkenaan hukum pengguguran kandungan mangsa rogol, seperti berikut:

- Haram menggugurkan kandungan janin yang sudah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

- Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Tetapi sekiranya mereka memilih untuk meneruskan kandungan hingga bersalin, ia tidak salah dan anak dalam kandungan juga tidak berdosa. Tetapi ia tidak boleh dinasabkan kepada si suami.

Oleh Zahazan Mohamed
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: