Home » » #MH370: Kandungan data Inmarsat akhirnya didedah

#MH370: Kandungan data Inmarsat akhirnya didedah

Written By kall on Tuesday 27 May 2014 | 16:19


Pilihan Anda

#MH370: Kandungan data Inmarsat akhirnya didedah

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan firma satelit Britain, Inmarsat telah mengeluarkan log data komunikasi yang digunakan untuk menentukan laluan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 19 May telah mengarahkan agar DCA membuat perbincangan bersama Inmarsat untuk menyiarkan data tersebut untuk kegunaan awam.

Menurut satu kenyataan hari ini, hasil perbincangan tersebut, log data komunikasi itu dikeluarkan bersama penerangan mengenainya yang membolehkan pembaca memahaminya.

Di dalam log data yang mengandungi 47 muka surat itu, ia turut disertakan informasi mengenai masa dan frekunsi.

Pengumuman data datang berikutan permintaan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang menggesa ketelusan tinggi daripada pihak berkuasa.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: