Home » » Shahir AF akui 'intim' dengan Erra Fazira

Shahir AF akui 'intim' dengan Erra Fazira

Written By kall on Monday 26 May 2014 | 15:28


Pilihan Anda

Shahir AF akui 'intim' dengan Erra Fazira

Okay. Shahir AF tidaklah berkata yang mereka rapat namun khabar angin sebelum ini timbul mengatakan hubungan juara Akademi Fantasia 8 ini dengan Erra Fazira memang rapat sehingga ada yang nampak mereka keluar bersama.

Sebuah akhbar tempatan hujung minggu lalu juga ada melaporkan desas desus yang mengatakan Shahir AF & Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Haaa.

Bercakap kepada portal Murai, Shahir AF mengakui yang dirinya berkawan dengan Erra Fazira namun beliau tidak pernah menganggap pelakon itu lebih dari seorang senior dalam dunia hiburan yang boleh dijadikan rujukan artis muda sepertinya.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya”

Erra Fazira yang turut ditemui di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 hujung minggu lalu bagamana pun tidak mahu mengulas lanjut tentang desas desus ini dan menganggap ianya bersifat peribadi.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” ujar Erra Fazira.

Sumber:(rtky/m)
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: