Home » » Mayatnya Hanya Boleh Dibakar

Mayatnya Hanya Boleh Dibakar

Written By kall on Thursday 29 May 2014 | 10:25


Akak Dibalik Pintu

Mayatnya Hanya Boleh Dibakar

Mexico City: Mayat Manuel Uribe, bekas lelaki paling berat di dunia di bakar semalam selepas dibawa menggunakan trak dari rumahnya ke sebuah pusat pengurusan mayat di Monterrey.

Mayat Uribe diangkat bersama-sama katilnya, tempat dia menghabiskan sebahagian besar sisa hidupnya.

                             

Pengarah pusat pengurusan mayat Serorrey, Pedro Reyes berkata pusat berkenaan adalah satu-satunya tempat pengurusan mayat di Monterrey, bandar di utara Mexico yang mampu menguruskan mayat Uribe.

“Suhu pembakar dipasang 60 peratus lebih tinggi daripada normal,” kata Reyes semalam.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Upacara keagamaan untuk memperingati Uribe diadakan sebelum itu. Bagaimanapun, tidak ada rancangan diatur untuk menempatkan abu mayatnya.


Uribe berjaya menurunkan berat badannya kepada 394 kilogram daripada 560 kilogram, catatan paling beratnya yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.

                            
MAYAT Uribe diangkut dengan trak ke pusat pengurusan mayat untuk dibakar.

Selama beberapa tahun kehidupannya terhad hanya di atas katil khas kerana tidak berupaya untuk berjalan sendiri.

Uribe dibawa ke hospital 2 Mei lalu kerana keadaan jantungnya yang tidak normal. Dia terpaksa diangkut dengan kren oleh petugas kecemasan dan pertahanan awam.

Sehingga kini doktor masih belum mengesahkan punca kematian.

Bagaimanapun, selain jantung, dia juga dipercayai menghidap sakit hati.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: